TongkatBahaman.com
Benarkah PKM Pengganas? Siri III PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh R.A Kartini   
Rabu, 17 November 2010 00:00
AddThis Social Bookmark Button

 

(Dialog Bersama Pejuang - SIRI III)

BENARKAH PKM PENGGANAS

 

Ikuti Dialog seterusnya....bersama Sdr. Afandi dengan kupasannya yang sangat adil walaupun terhadap muslihat kuasa-kuasa jahat. Untuk kali ini soal budaya, pendidikan dan falsafah perjuangan juga akan disentuh.

R.A.Kartini : Soalan seterusnya saudara, dalam perjuangan membebaskan negara, di satu pihak menentang penjajah dan di satu pihak lagi iaitu Inggeris mengaku melindungi rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Bagaimana saudara melihat perkara ini...?

Saudara Afandi :Jadi, satu kenyataan yang jelas, terumum sejak zaman dahulu lagi, apa-apa pihak pun, pihak penceroboh yang mengguna kekuatan jahat mereka membuat pencerobohan dan kejahatan semuanya menggunakan perkataan mulok-mulok, untuk melindungi tujuan jahatnya. Berbagai kata-kata yang mulok-mulok supaya sedap didengar di reka-rekakan bagi tujuan menipu. Umpamanya, Jepun menyerang Malaya, apa semboyannya... ? Membantu orang Melayu menghalau British untuk merdeka...! Maka itu KMM terpedaya lalu bekerjasama dengannya.... Ketika Jepun menceroboh Tiongkok juga begitu, katanya untuk membantu rakyat Tiongkok supaya memakmurkan negara itu. Semuanya begitu...! Jadi, British juga sama... Jadi, apakah sebenarnya kepentingan orang-orang Melayu ? adakah tidak dilindungi olehnya mereka... Sebenarnya memang benar mereka melindungi kepentingan orang Melayu tetapi bukan kepentingan rakyat jelata... yang miskin. British memang telah melindungi kepentingan golongan bangsawan Melayu. Sebab itu mereka.... kelas bangsawan ini begitu bekerjasama dengan British walaupun dalam masa yang sama rakyat jelata telah di tindas. Mereka hidup melarat mengharung nasib tanpa pembelaan.

Add a comment

 
MERDEKAKANLAH NEGARA DARI CENGKAMAN BANGSAWAN PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Tongkat Bahaman   
Rabu, 25 Januari 2012 21:39
AddThis Social Bookmark Button

 

MERDEKAKANLAH NEGARA DARI CENGKAMAN BANGSAWAN

Oleh Tongkat Bahaman

Mobilisasi pertama yang pernah dianjurkan dalam perkembangan politik Melayu telah memilih kuala Lumpur dan SITC sebagai tapak  awal untuk merubah strata sosial dan politik Melayu yang sebelumnya berpaksikan kuasa kelas bourgeoisie  - feudal.  Di sini pernah tercambah benih awal dan pernah tegak berdiri pohon patriotik-demokrasi yang bertunjang kepentingan rakyat sehinggalah akhirnya dalam lekak-lekuk  sejarah ia tercantas dan dilenyapkan bersama lembaran-lembaran sejarah yang dikoyak.

Jika Adam Adli, Safwan serta teman-temannya dari UPSI telah berjaya menjengkuh dan mencapai akar umbi masej perjuangan ini, bermakna  mereka sudah bertemu dengan lembaran yang dikoyak itu.  Di sinilah  KMM yang terajunya adalah guru, wartawan, siswazah, pelajar SITC, Kolej Pertanian serta sebuah  Sekolah Teknik Kuala Lumpur pada  ketika itu tertubuh. Sebaliknya jika mereka masih  kabur tentang fakta ini, bermakna mereka  hanyalah seperti  “berani senduk di belanga yang panas” .

Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang tertubuh pada Mei 1937, dipimpin oleh Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Mustapha Hussain,  Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi  telah memimpin gerakan sosial pertama merekruit hanya tenaga intelektual Melayu. Tiada seorang pun bangsawan-aristokrat  dipelawa menjadi anggotanya.  Inilah benih reformasi yang pernah tumbuh  demi mendukong idealism politik kelas rakyat tertindas melawan bourgeoisie-feudal ;   kelas  yang hidup mewah di bawah ketiak penjajah.

Akhbar Majlis  ketika itu telah dijadikan wadah  bagi menyuntik kesedaran kemerdekaan tulen  dan perjuangan anti-British. Selepas perang (1942-1945)  susuk-susuk ini jugalah mencetuskan PUTERA dalam satu gabungan bersama AMCJA.  Kita melihat  Hartal (1947) telah dilancarkan di seluruh negara telah menjadi tamparan paling hebat kepada Inggeris dan seluruh rakyat menyaksikan mobilisasi paling besar pernah berlaku dalam sejarah.   Peristiwa ini telah menyebabkan British mula menyusun strategi baru mendampingi bangsawan Melayu dan mengasingkan kelas ini dengan rakyat bawahan.   Tidak kurang 400,000 tentera British dari tanah-tanah jajahannya telah dibawa masuk ke Malaya dan selepas itu Darurat pun di Istiharkan pada 20 Jun 1948 lalu terjadilah penangkapan beramai-ramai peminpin-peminpin Melayu yang berhaluan kiri.  Mereka dinyahkan ke penjara, didera dan diseksa malah ramai juga dibunuh.  Golongan bangsawan seluruhnya terselamat dan hidup mewah dan diberi berbagai kemudahan termasuk dihantar belajar ke London.

Pada selekoh genting ini UMNO menyambar kemudi dan lembaran sejarah dikoyak agar kabur dan terputus supaya ia tidak dapat dikesan oleh generasi yang mendatang.   Yang terlepas dari tangkapan beramai-ramai ini telah mengambil sikap baru kerana PKMM, API, AWAS dan lain-lain telah diharamkan lalu masuk ke hutan bergerila bersama PKM – termasuk Mat Indera.

Tenaga yang pernah di cetuskan oleh KMM  sebenarnya tidak boleh dimusnahkan oleh apa jua kuasa yang bersifat nisbi.  Kini mahasiswa kembali berdiri seperti batang-batang magnet hidup menyemarakkan tenaga menghadapi situasi baru.  Batang-batang magnet hidup ini sudah pasti berupaya   bertindak balas  mencerna kesedaran baru terhadap hak dan suara mahasiswa yang telah dirampas lebih 40 tahun yang lalu.  Menjelang 24 Februari 1971 ini maka akan genaplah usia AUKU yang ke  41 tahun.   Bermakna sudah 41 satu tahun tenaga kreatif dan minda mahasiswa dirantai.  Setiap pelajar mewakili sebuah keluarga dan sebuah masyarakat tidak kira kecil atau besar.   Bila pandangan dunia kaum mahasiswa dibongsai oleh sebuah pasu yang bernama AUKU bermakna sikap keluarga dan masyarakat yang mereka dampingi  juga turut menjadi sangat pasif dan primitif.

PUTERA – AMCJA dan PAKATAN RAKYAT Add a comment

 
Menghantar Yang Lama, Menyambut Yang Baru PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Affendi   
Ahad, 01 Januari 2012 00:18
AddThis Social Bookmark Button

Menghantar Yang Lama, Menyambut Yang Baru

Affendi – Tongkat Bahaman

Sehari dua lagi,  2011 akan melabuhkan  tirai meninggalkan bersama pelbagai peristiwa suka dan duka. Sebut apa saja - tragedi, bencana alam, perang, revolusi, krisis kewangan, kejayaan, kebahagiaan – semuanya  dalam diari 12 bulan yang berlalu. Berlalunya  Tahun Arnab ini, 2012 yang bakal mengganti diharap memberikan sinar lebih baik untuk kehidupan manusia di muka bumi.  Mendukong harapan baru, tidak mahu lagi menyaksikan pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh terkenal menemui ajal, terbunuh atau dibunuh, sama ada dalam misi rakus kuasa asing mahupun ketika diguling rakyat sendiri.

TAHUN BARU 2012 benar-benar mendambakan harapan baru anak semua bangsa untuk melihat wajah dan situasi baru yang boleh memberi makna kepada kehidupan yang lebih baik.

Tahun 2011 dengan sekelip mata akan berlalu dalam pekikan lantang sejagat menuntut pembaharuan.  Dalam tahun 2012 yang bakal  mengganti,  insan dan  ummah  berharap agar dapat menyongsong suatu zaman serba baru yang lebih bermakna.

Pada saat menghantar yang lama dan menyambut yang baru ini,  kami dengan takzim mengucapkan selamat Tahun Baru kepada semua rakan seperjuangan lama, sahabat lama, rakan baru serta semua yang berjuang demi mewujudkankan masyarakat yang lebih baik, mudah-mudahan  kalian berada dalam keadaan sihat wal’ afiat serta berjaya dalam segala gerak kerja dan usaha.

Sepanjang tahun lalu, krisis ekonomi dalam negeri-negeri maju di Amerika dan Eropah berlanjutan selama tiga tahun lebih dan masih tidak nampak tanda-tanda untuk mereda, malah sebaliknya negeri-negeri Eropah turut terperlus ke dalam krisis kewangan dan hutang yang semakin tenat, di hadapan rakyat sedunia, sistem kapitalis itu telah mendedahkan lebih lanjut kepincangan yang membawa maut kepada dirinya sendiri. Segala kepincangannya membuat orang lebih mengenali bahawa masyarakat itu bukanlah syurga bahagia. Kelembapan pembangunan ekonomi, ketenatan inflasi, melonjaknya angka serta tenaga penganggur yang dahsyat. Kemerosotan kualiti kehidupan dan bertambah meruncing polarisasi antara yang kaya raya dengan yang papa kedana, telah menimbulkan ketidakpuasan amat hebat di kalangan rakyat massa. Pergerakan memprotes di mana 99 peratus umat dalam garis kesusahan menentang satu peratus kelas oligarki yang membolot kekayaan, iaitu pergerakam “occupy” (menduduki) telah menyelubungi negeri-negeri maju.

Sepanjang tahun lalu, kuasa-kuasa hegemoni yang bermaharajalela atas nama nilai universal demokrasi dan hak asasi manusia telah menginjak-injak kedaulatan dan survival negeri-negeri yang lemah, secara paksa menukar pemerintah yang tidak mengikut telunjuk nya; kuasa-kuasa itu mengerahkan segala kekuatan untuk memomokkan, mengepung, menghukum dan mengancam dengan perang terhadap bangsa dan negeri yang berani menetang hegemoninya. Kuasa-kuasa itu juga mengerahkan kekuatan keras dan kekuatan lembutnya secara paksa mengubah alam - dunia Arab dan Islam, mengakibatkan kemusnahan jutaan jiwa, kehancuran negara yang indah permai dan kelenyapan kampung halaman yang bahagia; maruah ummah yang soleh dihina dan diinjak-injak dengan serangan pesawat dan roket. Kekuatan-kekuatan dajal itu masih menghasut dan mencucuh api di merata dunia, memperhebatkan pergeseran dan menimbulkan huru hara.

Di pihak lain, banyak negara membangun sedang menyelidik pelan jalan pembangunan yang lebih sesuai dan serasi dengan keadaan negerinya di sepanjang laluan liku dan selekoh yang tajam.  Negara-Negara kumpulan 20 (G20) amnya yang mewakili negara-negara selatan, telah memainkan peranan semakin penting dalam ekonomi sejagat; China, India,  dan negara-negara Asean serta yang lain sedang berusaha mengubah struktur politik dan ekonomi dunia.

Di dalam negeri kita, dari pilihan raya kecil Sarawak pada April hingga ke perarakan Bersih-2 pada Julai 2011 yang lalu  menuntut pilihan raya umum yang bersih, untuk kesekian kali menunjukkan hasrat kuat rakyat semua bangsa  menuntut perubahan, menentang rasuah dan  penyalahgunaan kuasa, memperjuangkan demokrasi dan keadilan. Dalam menghadapi trend zaman di mana “akan diubah jika tidak berubah lagi”, Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan pemasuhan ISA yang berupa undang-undang drakonian, membentangkan serentetan pelan transformasi yang merangkumi politik, ekonomi, budaya, pendidikan, pentadbiran dan kehakiman, melantangkan suara kononnya “transformasi lebih unggul daripada reformasi”,  Persis  ia sedang menjulang tinggi-tinggi panji trasformasi. Akan tetapi, tema lagu trasformasi itu sentiasa tenggelam dalam lagu lama dan persembahan canggung politik ugutan dan  perkauman, autokrasi dan penyalahgunaan kuasa dari dalaman  UMNO, nampaknya ia tiada niat sebesar zarah pun untuk berubah sebalik tidak lebih daripada untuk terus berkuasa dan meneruskan apa yang menjamin kelangsungan hegemoni lama.

Namun begitu, laluan bagi rakyat menuntut reformasi masih berhalangan oleh lekak-lekuk perjalanan serba payah oleh fitnah dan propaganda media arus perdana yang bersemayam di bawah rongga kuasa parti pemerintah. Bagimanapun gelombang demi gelombang  reformasi yang membadai kian kuat menerjah  jendela dan di setiap ruang dan dalam negeri. Reformasi kini telah menjadi aliran sejagat yang melanda di sana sini yang tiada tangan yang boleh menghalangnya.

Rakyat semua bangsa dalam negara sudah amat kecewa dan putus asa terhadap  rejim yang rasuah, korupsi, autokrasi dan menyalahgunakan kuasa yang memerintah selama setengah abad lebih itu, kini teramat mendambakan perubahan. Daripada politik ugutan hegemoni lama kepada politik harapan yang lebih telus dan dinamik.

Ekonomi negara kita juga menghadapi jalan sendat, tidak boleh terima transformasi lagi jika hendak menapak  langkah menuju  negara maju. Boleh dikatakan bahawa struktur  lama tergoyah-goyah dalam ribut bergelora, order baru meronta-ronta dalam kesulitan yang wujud. Akan tetapi, kita tetap yakin akan ramalan dalam peribahasa “air boleh menimbulkan perahu, malah boleh jua mengaramkannya”. Segala-galanya berpaksikan kepentingan rakyat, kekuatan dan parti yang berjuang demi kepentingan rakyat, pada akhirnya akan memenangi pendukongan rakyat, sedangkan semua golongan yang menjejaskan kepentingan rakyat yang sering memungkiri kehendak rakyat,  akhirnya akan disingkirkan oleh rakyat.

Dalam tahun 2012 akan diadakan Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).  Kita berharap tahun yang baru ini bakal mendatangkan harapan baru dan membuka situasi dan wajah  politik baru  - politik harapan negara bangsa yang lebih selesa sekaligus membenamkan jauh ke dalam bumi order lama fitnah  bernanah,  politik  ugutan dan rasuah.

Gambar dipetik dari: http://kerabubersuara.blogspot.com

Add a comment
 
Benarkah PKM Pengganas? Siri II PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh R.A Kartini   
Rabu, 13 Oktober 2010 22:34
AddThis Social Bookmark Button

 

(Dialog Bersama Pejuang : SIRI II)

ANTARA PKM DAN BRITISH Siapakah PENGGANAS SEBENAR

R.A Kartini: Bagaimana perasaan saudara ketika dalam pasukan yang berjuang untuk menghalau penjajah tetapi telah dianggap sebagai pengganas dan musuh kepada rakyat sedangkan pada waktu ini perajurit PKM mendapat sokongan yang begitu kuat dari rakyat.

Sdr. Affandi: Bagi menjelaskan soal pengganas ini saya rasa perlu ada huraian yang agak panjang lebar. Soal yang ringkasnya mungkin kita perlu banyak huraian iaitu perjuangan kita untuk kemerdekaan tanah air untuk membela kepentingan rakyat; ini perlu banyak huraian. Walaupun begitu, soal pengganas ini sebenarnya timbul dari soal politik. Kita perlu tinjau dari beberapa segi, pertama harus diakui ini satu perang bukan satu gerakan pemberontakkan. Ringkas begitu saja. Namanya pun kita namakan Perang Pembebasan Nasional Anti British. Ini di pihak kita.

Semua perang ada dua segi dan dua pihak; Perang yang adil dan perang yang tidak adil, ertinya satu perang mengandungi dua masalah. Macam Jepun menyerang negeri kita, kita melawan Jepun dari pihak Jepun perangnya perang tidak adil kerana perang untuk menekan dan menguasai negara orang. Bagi pihak kita pula ia adalah perang yang adil kerana perang kita adalah perang untuk membela tanah air.

Add a comment

 
Benarkah PKM Pengganas? Siri 1 PDF Cetak E-mail
Rabu, 29 September 2010 06:00
AddThis Social Bookmark Button

{ DIALOG BERSAMA PEJUANG: SIRI 1 }

BENARKAH PKM PENGGANAS ?

Pengenalan :

Dialog ini akan di siarkan secara bersiri untuk khalayak pembaca yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah perang melawan penjajah hinggalah mereka lari dari Malaya.

 


{Gambar Sdr. Afandi yang kini telah berusia 80 tahun tetapi fikirannya tetap segar dan dinamik. Satu ketika pernah berjuang menentang pencerobohan Jepun pada tahun 1942-1945, kemudian Inggeris dan peperangan dalam Negeri yang boleh dianggap panjang juga;}


R.A. Kartini: Salam kepada saudara Affandi. Sebagai seorang yang telah membaca dan meneliti semula sejarah, saya ingin mendapat sedikit pandangan dan penjelasan dari saudara mengenai isu PKM yang selalu dilabelkan sebagai pengganas walaupun perjuangan mereka dikatakan untuk menghalau penjajah dan kemerdekaan Malaya.

Saya memilih saudara kerana faktor latar belakang saudara, dan pribadi saudara begitu teguh dan pandangan hidup terhadap perjuangan yang pernah dilancarkan terhadap penjajah sebagai satu perjuangan yang sah sama ada dari segi moral, politik ataupun undang-undang.

Soalan saya; Ketika menentang Jepun, pihak PKM mendapat pujian Inggeris, tetapi ketika menentang Inggeris, PKM dianggap pengganas. Kenapa perkara ini berlaku...?

Add a comment

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL